Sunday, 17 November 2013

Terung goreng berlada ala datin

Sila ke link www.tiffinbiru.com, kat situ banyak resepi yg best2 gak.

antaranya resepi Terung goreng berlada ala datin.

rsz_dsc_6295


BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji terung biru
2 camca besar jus asam jawa (sebab guna pes asam, mat guna 3/4 camca teh)
2 biji cili merah (mat guna 3 biji)
1 biji bawang merah (mat guna 3 biji)
2 ulas bawang putih
1 biji buah keras (mat guna 2 biji)
50 gram ikan bilis (mat guna 1 genggam)
Sedikit hirisan daun bawang, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci terung, kemudian potong ikut suka dan goreng sekejap dalam minyak panas. Angkat dan toskan. Letak atas kitchen paper towel dan alih ke dalam pinggan sesuai.
  2. Dalam kuali yang sama, tinggalkan sedikit minyak anggaran 3 camca besar. Tumis bahan tumbuk hancur tadi hingga harum dan terbit minyak, guna api kecil. Tambah jus asam jawa, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. 
  3. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tuang atas terung tadi atau anda boleh gaulkan sambal dengan terung. Tabur sedikit hirisan daun bawang sebagai hiasan, jika suka.


No comments:

Post a Comment

Setelah 7 Tahun menanti akhirnya disahkan hamil.

 Saya berkahwin hampir 7 Tahun, tapi baru kini disahkan hamil anak sulong. Alhamdulillah, mybe asbab berdoa dgn amalan doa yang diberi oleh ...