Saturday, 2 November 2013

Doa Pengasih (hanya utk isteri/suami)


Bacaan dlm Bahasa Melayu

36. subHaanalladhiy khalaqaL azwaaja kullahaa mimmaa tumbituL arDu wa min anfusihim wa mimmaa Laa ya'Ålamuuna.
Makna:
Allah lah yang menciptakan berpasang-pasang semuanya sama ada dari bumi dan dari mereka sendiri dan apa-apa yang mereka tidak ketahui.

Doa pengasih ini baik diamalkan supaya suami/isteri saling menyayangi. Lebih baik amalkan surah-surah yg terdapat dalam Al-Quran daripada anda berjumpa bomoh. Jauhkan sihir kerana ia adalah syirik dan dosa besar. Tak bau syurga bila mati.

-Jika mengamalkan ayat-ayat suci Allah SWT akan mendapat berkat serta kasih sayang yang tulin. 

-Kasih sayang berpanjangan. 



Rahsia Kelebihan Ayat 36 : (untuk yg belum berkahwin)
Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
CARA-CARA : (utk yg berkahwin)

Setiap kali bertemu atau bersua dengan  suami/isteri anda, bacalah ayat ini. Untuk mendapatkan
kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. (Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati.) Dihembus perlahan kearah mukanya. Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua2 ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.




Seelok-eloknya dibaca :
1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 – Yassin baca 7x
4. Ayat 38 – 12x
5. Ayat 58 – 7x
6. Ayat 82 – 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
9. Perlu yakin, insyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.

3 comments:

Setelah 7 Tahun menanti akhirnya disahkan hamil.

 Saya berkahwin hampir 7 Tahun, tapi baru kini disahkan hamil anak sulong. Alhamdulillah, mybe asbab berdoa dgn amalan doa yang diberi oleh ...