Wednesday 28 August 2013

Cara penulisan surat permohonan kerja-seorang graduan yang berpengalaman kerja

Buat pertama kalinya buat surat permohonan kerja, senang rupanya nak buat cuma sebelum ni ada penyakit las ja. Untuk sapa2 yang nak wat surat permohonan kerja bolehla ikut contoh dibawah.



Cara Menulis Surat Permohonan Kerja Dan Contoh Terbaik - Surat ini bolehlah diumpamakan sebagai surat jualan. Ia ‘menjual’ kelayakan anda, mendorong bakal majikan membaca resume yang dikepilkan serta memujuknya memberikan anda peluang untuk ditemuduga.
Surat ini harus memperlihatkan cita-cita dan hasrat anda serta dapat menunjukkan dengan jelas bagaimana kelayakan dan pengalaman yang anda miliki berkait dengan pekerjaan yang anda pohon. Yang lebih utama lagi. surat tersebut mestilah menunjukkan bahawa anda berkeupayaan melaksanakan dengan baik tugas yang diminta.
Baik resume atau surat permohonan kerja, surat berkenaan mestilah disediakan dengan sempurna dan profesional kerana kedua-duanya menjadi contoh pekerjaan anda. Cara menulisnya adalah seperti berikut :
Permulaan Surat Permohonan Kerja - Mulakan surat anda dengan menonjolkan sikap anda yang berorentasikan perkhidmatan iaitu dengan menyebut apakah sumbangan anda kepada syarikat / organisasi. Anda boleh menyebutnya dengan pelbagai cara berikut. Misalnya ,
* Saya yakin bahawa kelayakan dan latihan profesional yang saya terima dapat memenuhi keperluan jawatan sebagai pelatih pengurusan seperti yang tuan iklankan dalam akhbar The STAR kelmarin.
* Empat tahun pengajian saya di Universiti Utara Malaysia di tambah lagi dengan 2 tahun pengalaman bekerja sebagai penolong kepada pengurus personel dalam Syarikat Sinar Ringgit Sdn. Bhd. telah memberi saya
keyakinan bahawa saya layak untuk memenuhi jawatan Penolong Pengurus Personel seperti yang tuan iklankan
dalam akhbar NST kelmarin.
* Encik Vincent Tan dari Jabatan Akaun di tempat tuan ada memberitahu saya bahawa syarikat tuan memerlukan siswazah perakaunan. Saya percaya ijazah perakaunan saya dari Universiti Islam Antarabangsa layak untuk tuan pertimbangkan.
* Artikel terbitan akhbar the STAR bertarikh 12 Januari 2001 ada menyebut bahawa syarikat tuan sedang berkembang maju dalam bidang teknologi maklumat. Saya percaya bahawa dengan ijazah pengurusan maklumat yang saya miliki ditambah pula dengan pengalaman praktikal yang saya ada akan membolehkan saya menjalankan tugas dengan baik selaku jurutera jualan anak syarikat tuan itu. Jangan pentingkan diri diri anda sahaja, seperti..
* Saya berminat untuk memohon jawatan yang tuan iklankan dalam akhbar the NST kelmarin. Saya tertarik kepada gaji, faedah sampingan dan prospek kerjaya yang tuan tawarkan. Sememangnya saya mencari pekerjaan yang cerah masa depannya.
Isi Surat Permohonan Kerja - Ia harus membayangkan bahawa anda bukanlah manusia hebat. Anda hanya perlu jujur dan realistik misalnya jawatan sebagai Pembantu Peribadi kepada Pengerusi Syarikat Timah Bhd. memerlukan budi bicara dan kebijaksanaan anda apabila berhubung dengan orang ramai serta keupayaan kita bekerja dalam keadaan tertekan.
Penyataan di atas lebih meyakinkan daripada menyebut cara ini ‘ saya boleh melaksanakan segala tanggungjawab seperti yang ada diiklankan itu kerana saya pernah bekerja sebagai Pembantu Peribadi kepada Pengerusi Syarikat Timah Bhd.
Penutup Surat Permohonan Kerja - Perenggan akhir bukanlah untuk merumus isi surat sebaliknya anda haruslah menunjukkan minat anda untuk menghadiri sesi temuduga tanpa memaksa atau memintaminta atau mengarahkan mereka berbuat demikian. Misalnya,
“Jika tuan bersetuju dengan kelayakan dan pengalaman saya, silalah beritahu saya bilakah saya boleh ditemuduga. Tuan boleh menghubungi saya di alamat di atas atau menelefon saya pada nombor yang saya catatkan dalam resume saya ini.”



Saturday 17 August 2013

Doa amalan untuk mengubah hati orang yang membenci orang lain



Walaupun fitrah manusia sukakan kedamaian, tetapi dalam satu-satu masyarakat ada juga orang yang suka akan sikap iri hati dan berlakukan hal-hal yang tidak diingini. Kadang-kadang orang baik pun dibenci orang lain atas sebab antara lain, kerana sifat cemburu. Keadaan seperti ini tidak mudah dikawal, lebih-lebih lagi dilenyapkan terus dari masyarakat.

Maka untuk menghindari sasaran kebencian orang lain seperti ini, eloklah kita memohon kepada Allah swt supaya dijauhkan darinya menerusi amalan membaca surah al-Fatihah ini.

Khaifiatnya ialah mambaca ayat "shiratal-lazina" sebanyak yang mungkin dengan ikhlas dan kusyuk. Selepas itu mintalah kepada Allah swt supaya orang yang membenci anda itu akan insaf dan sedar, kembali kepada fitrah insaniyahnya. Mudah-mudahan dengan izin Allah, kebenciannya lenyap dan berubah dengan ksih sayang dan saling menghormati. 

Kelebihan lain dari amalan Surah Al-Fatihah

 1 - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu

2 - AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepas-kan rasa sakit dalaman

3 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mental

4 - AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil 
mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluan

5 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa

6 - AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu

SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA IN SYAA ALLAH...

Doa amalan untuk mendiamkan mulut orang yang jahat




Sekiranya anda bertembung dengan orang jahat, bacalah ayat kursi sebelum bertembung dengannya. iaitu sebanyak 3 kali dengan kusyuk dan yakin. Kemudian diiringi dengan doa di bawah ini:


"... Wahai Zat Yang Hidup Kekal Abadi wahai Zay yang Menguruskan makhluk-Nya, wahai Zat yang menciptakan langit & bumi, Wahai Zat yang Mempunyai Kemuliaan dan Kesempurnaan, Aku memohon kepada MU dengan kebenaran ayat yang mulia ini (ayatul Kursi) dan semua yang terkandung didalamnya berupa nama-nama yang agung, supaya Engkau kekang mulutnya (nama orang yang diniatkan) dan Engkau bisukan lisannya sehingga dia tidak akan berkata melainkan kata-kata yang baik, atau dia diam, kebaikanmu, hai orang berada di kedua tanganmu dan kekejianmu berada di bawah kedua tapak kakimu ..."

Selepas anda mengamalkan amalan tersebut, majulah ke hadapan orang yang diyakini berniat jahat tersebut. mantapkan hati dan yaakinkan jiwa bahawa anda berada dalam lindungan dan pemeliharaan Allah swt. 

Setelah 7 Tahun menanti akhirnya disahkan hamil.

 Saya berkahwin hampir 7 Tahun, tapi baru kini disahkan hamil anak sulong. Alhamdulillah, mybe asbab berdoa dgn amalan doa yang diberi oleh ...