Buat pertama kalinya buat surat permohonan kerja, senang rupanya nak buat cuma sebelum ni ada penyakit las ja. Untuk sapa2 yang nak wat surat permohonan kerja bolehla ikut contoh dibawah.
Cara Menulis Surat Permohonan Kerja Dan Contoh Terbaik - Surat ini bolehlah diumpamakan sebagai surat jualan. Ia ‘menjual’ kelayakan anda, mendorong bakal majikan membaca resume yang dikepilkan serta memujuknya memberikan anda peluang untuk ditemuduga.
Surat ini harus memperlihatkan cita-cita dan hasrat anda serta dapat menunjukkan dengan jelas bagaimana kelayakan dan pengalaman yang anda miliki berkait dengan pekerjaan yang anda pohon. Yang lebih utama lagi. surat tersebut mestilah menunjukkan bahawa anda berkeupayaan melaksanakan dengan baik tugas yang diminta.
Baik resume atau surat permohonan kerja, surat berkenaan mestilah disediakan dengan sempurna dan profesional kerana kedua-duanya menjadi contoh pekerjaan anda. Cara menulisnya adalah seperti berikut :
Permulaan Surat Permohonan Kerja - Mulakan surat anda dengan menonjolkan sikap anda yang berorentasikan perkhidmatan iaitu dengan menyebut apakah sumbangan anda kepada syarikat / organisasi. Anda boleh menyebutnya dengan pelbagai cara berikut. Misalnya ,
* Saya yakin bahawa kelayakan dan latihan profesional yang saya terima dapat memenuhi keperluan jawatan sebagai pelatih pengurusan seperti yang tuan iklankan dalam akhbar The STAR kelmarin.
* Empat tahun pengajian saya di Universiti Utara Malaysia di tambah lagi dengan 2 tahun pengalaman bekerja sebagai penolong kepada pengurus personel dalam Syarikat Sinar Ringgit Sdn. Bhd. telah memberi saya
keyakinan bahawa saya layak untuk memenuhi jawatan Penolong Pengurus Personel seperti yang tuan iklankan
dalam akhbar NST kelmarin.
keyakinan bahawa saya layak untuk memenuhi jawatan Penolong Pengurus Personel seperti yang tuan iklankan
dalam akhbar NST kelmarin.
* Encik Vincent Tan dari Jabatan Akaun di tempat tuan ada memberitahu saya bahawa syarikat tuan memerlukan siswazah perakaunan. Saya percaya ijazah perakaunan saya dari Universiti Islam Antarabangsa layak untuk tuan pertimbangkan.
* Artikel terbitan akhbar the STAR bertarikh 12 Januari 2001 ada menyebut bahawa syarikat tuan sedang berkembang maju dalam bidang teknologi maklumat. Saya percaya bahawa dengan ijazah pengurusan maklumat yang saya miliki ditambah pula dengan pengalaman praktikal yang saya ada akan membolehkan saya menjalankan tugas dengan baik selaku jurutera jualan anak syarikat tuan itu. Jangan pentingkan diri diri anda sahaja, seperti..
* Saya berminat untuk memohon jawatan yang tuan iklankan dalam akhbar the NST kelmarin. Saya tertarik kepada gaji, faedah sampingan dan prospek kerjaya yang tuan tawarkan. Sememangnya saya mencari pekerjaan yang cerah masa depannya.
Isi Surat Permohonan Kerja - Ia harus membayangkan bahawa anda bukanlah manusia hebat. Anda hanya perlu jujur dan realistik misalnya jawatan sebagai Pembantu Peribadi kepada Pengerusi Syarikat Timah Bhd. memerlukan budi bicara dan kebijaksanaan anda apabila berhubung dengan orang ramai serta keupayaan kita bekerja dalam keadaan tertekan.
Penyataan di atas lebih meyakinkan daripada menyebut cara ini ‘ saya boleh melaksanakan segala tanggungjawab seperti yang ada diiklankan itu kerana saya pernah bekerja sebagai Pembantu Peribadi kepada Pengerusi Syarikat Timah Bhd.
Penutup Surat Permohonan Kerja - Perenggan akhir bukanlah untuk merumus isi surat sebaliknya anda haruslah menunjukkan minat anda untuk menghadiri sesi temuduga tanpa memaksa atau memintaminta atau mengarahkan mereka berbuat demikian. Misalnya,
“Jika tuan bersetuju dengan kelayakan dan pengalaman saya, silalah beritahu saya bilakah saya boleh ditemuduga. Tuan boleh menghubungi saya di alamat di atas atau menelefon saya pada nombor yang saya catatkan dalam resume saya ini.”
No comments:
Post a Comment