Wednesday 19 February 2014

Tuesday 4 February 2014

Silent Killer



Hipertensi atau tekanan darah tinggi merupakan penyakit ``silent killer`` yang sangat berbahaya dan boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia. 

Komplikasi:
Hipertensi ini merupakan suatu keadaan tanpa gejala dimana tekanan yang abnormal tinggi di dalam arteri menyebabkan meningkatnya risiko terhadap stroke, aneurism, kegagalan jantung, serangan jantung dan kerosakan ginjal. Bagi penghidap Hipertensi yang kronik, ia boleh mengakibatkan pembesaran jantung, kegagalan ginjal, kerosakan otak atau saraf serta perubahan-perubahan dalam retina pada belakang mata. Jika tidak dirawat dengan segera, penyakit ini boleh menyebabkan kematian.

Pesakit akan mengalami: 
-pening kepala, kerap kencing, sukar untuk bernafas, pening atau sakit kepala serta rasa kebas di kawasan dan jantung sering berdebar-debar pembengkakkan pada pergelangan kaki atau jari, muka merah dan panas, kemurungan, tercungap-cungap, bunyi berdengung, pandangan menjadi kabur serta pendarahan di hidung yang berulang.

Rawatan dan pencegahan:
Penyakit Hipertensi atau tekanan darah tinggi boleh dipulihkan secara rawatan tanpa ubat-ubatan. Gaya hidup yang sihat memainkan peranan yang sangat penting dalam mencegah penyakit ini iaitu dengan mengubah cara hidup seharian anda seperti :
-mengurangkan pengambilan garam dalam makanan, 
-melakukan aktiviti-aktiviti fizikal yang bersesuaian seperti bersukan dan bersenam, 
-mengurangkan berat badan jika berlebihan (obesiti)  samada melalui senaman ataupun pemakanan yang diambil, 
-berhenti  merokok serta jangan meminum minuman keras 
-dan yang paling penting  kawal stress anda.
-digalakkan memakan makanan yang mengandungi banyak mineral, kalium dan juga magnesium di mana ia dapat membantu menurunkan tekanan darah. 
-Pengambilan buah-buahan dan banyakkan memakan sayur-sayuran hijau seperti dapat mencegah penyakit Hipertensi.
-kandungan mineral, vitamin, karotenoid dan komponen lain yang terdapat pada buah-buahan serta sayur-sayuran hijau yang berkhasiat bertindak sebagai antioksidan untuk mencegah penyakit kanser, mengatasi gangguan pencernaan, menurunkan kolesterol yang tinggi serta merendahkan bacaan tekanan darah cth spt seledri, timun, labu siam, selada air, lobak, tomato, belimbing buluh, belimbing manis, nangka, wortel, pisang, epal dan kiwi.  

Berikut adalah bacaan yg diguna pakai semua hospital dan klinik-klinik di seluruh dunia amnya dan di seluruh Malaysia khususnya.

Kategori
Tekanan Darah Sistolik
Tekanan Darah Diastolik
Normal
Dibawah 130 mmHg
Dibawah 85 mmHg
Normal tinggi
130-139 mmHg
85-89 mmHg
Stadium 1
(Hipertensi ringan)
140-159 mmHg
90-99 mmHg
Stadium 2
(Hipertensi sedang)
160-179 mmHg
100-109 mmHg
Stadium 3
(Hipertensi berat)
180-209 mmHg
110-119 mmHg
Stadium 4
(Hipertensi maligna)
210 mmHg atau lebih
120 mmHg atau lebih

Adalah penting utk anda memeriksa tekanan darah anda secara berkala. Untuk memudahkan kita memeriksa tekanan darah adalah penting untuk memiliki Mesin Pengukur Tekanan Darah di rumah. So kalau rasa lain macam bolehla rujuk dengan doktor.


Yang ni jenama OMRON,  Model HEM 7111 RM167.00. Harga asal RM239.00-boleh didapati di guardian berdekatan anda.


Yang ni jenama OMRON jugak,  Model HEM 7200 RM279.00. Harga asal RM399.00



Yang ni jenama Microlife. Belah kiri Model BP 3AQ1-1P ( 3 tahun guarantee)  RM 319.Yang ni masa tu tak der less. 

Yang belah kanan Model BP 3BR1-1 ( 3 tahun guarantee) RM139. Harga asal RM175.00

WHAT DO I NEED TO DO BEFORE I MEASURE MY BLOOD PRESSURE?

  • Don't eat or use caffeine, alcohol, or tobacco products 30 minutes before measuring your blood pressure.
  • Go to the bathroom and empty your bladder before measuring your blood pressure.
  • Rest for 3 to 5 minutes before measuring your blood pressure. Do not talk.
  • Sit in a comfortable position, with your legs and ankles uncrossed and your back supported.
  • Place your left arm, raised to the level of your heart, on a table or a desk, and sit still.
  • Wrap the cuff smoothly and snugly around the upper part of your bare arm. The cuff should fit snugly, but there should be enough room for you to slip one fingertip under the cuff.
  • Check to see that the bottom edge of the cuff is 1 inch above the crease of your elbow. source: here

Setelah 7 Tahun menanti akhirnya disahkan hamil.

 Saya berkahwin hampir 7 Tahun, tapi baru kini disahkan hamil anak sulong. Alhamdulillah, mybe asbab berdoa dgn amalan doa yang diberi oleh ...