Wednesday, 27 November 2013

Amalan orang-orang islam yang terbalik tanpa disedari

Rupa-rupanya selama ini amalan yang kita amalkan adalah terbalik tanpa kita sedar. Saja nak share untuk pengetahuan pembaca. Erm kita patut betulkan supaya x berterusan sehingga ke anak cucu kita.




Antara amalan-amalan yang mengalami tranformasi ialah:

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil.

Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”
(Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut 
dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.


Monday, 18 November 2013

Nasi Bukhara Chicken Briyani

Sapa yg pernah makan nasi ni kat atas flight Air Asia, Ermmmm cedapnya first time mkn bila pi mesyuarat kat Putrajaya ari tu. Thanks to my ofis coz booking hot seat dan sekaligus dapat makan nasi ni secara percuma. Memang terbaiklah.....sapa yg x order mesti terliur bila bau nasi ni. Pulak tu makan time nasi dia panas lagilah.......masa naik MAS cuma dapat makan kacang ngan air jus je....walaupun Air Asia kecik ckit dari MAS tapi dapat makan nasi tu yg best tu....bila nak naik lg hehe teringin nak makan lgla...






Ni la nasi dia, terliur tak? dengan beras basmati dia pastu lauk dia huhuh cedap. x caya cer try.


Ni dalam snack box.


Hot Seat di Air Asia.

Stylokan rambut dan gaya anda

Qiut miut gaya rambut mcm ni, cer try tengok jadi ke tak? Untuk buat gaya rambut camni anda perlukan pembantu yea.

Gaya 1


Gaya 2


Gaya 3


Gaya 4


Gaya 5


Ni pulak ala korean style.....



Ni pulak utk jimatkan duit anda dari nak beli baju baru, just pakai t.shirt yg ada ja


Yang ni plak untuk sapa2 yg berani pakai skirt. 








Perabut Ikea yg segak2

Lawala perabut2 di Ikea ni, harga bleh tahanla. kalu nak tengok lebih lanjut sila link ke www.ikea.com. Kat dlm link tersebut banyak perabut2 yg segak2. Antara yg aku minat adalah perabut di bawah ni. Berkenannya....kalu aku kaya......hehe


BESTÅ
TV storage combination, black-brown, high-gloss black RM2,155

RM1,910                            



BESTÅ/ FRAMSTÅ
TV storage combination, white, grey-turquoiseRM1,885

RM1,705




BESTÅ
TV storage combination, black-brown RM1,728

RM1,385


Baby Cots

Untuk sapa2 yang ada baby bleh le beli baby cots mcm ni:


 harga cuma RM 369.00 je


harga yg ni cuma  RM 499.00


STUVA

Storage combination w doors/drawers, white, multicolour RM920

RM730


Yang ni pulak tempat penyimpanan aka bekas makanan la.



TRIPP
Tin with lid, set of 3, orange, black

RM9.90




SNÖKUL
Tin with lid, set of 3, red

RM16.90


SNÖKUL
Tin with lid, set of 3, toys

RM19.90



Sunday, 17 November 2013

Terung goreng berlada ala datin

Sila ke link www.tiffinbiru.com, kat situ banyak resepi yg best2 gak.

antaranya resepi Terung goreng berlada ala datin.

rsz_dsc_6295


BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji terung biru
2 camca besar jus asam jawa (sebab guna pes asam, mat guna 3/4 camca teh)
2 biji cili merah (mat guna 3 biji)
1 biji bawang merah (mat guna 3 biji)
2 ulas bawang putih
1 biji buah keras (mat guna 2 biji)
50 gram ikan bilis (mat guna 1 genggam)
Sedikit hirisan daun bawang, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci terung, kemudian potong ikut suka dan goreng sekejap dalam minyak panas. Angkat dan toskan. Letak atas kitchen paper towel dan alih ke dalam pinggan sesuai.
  2. Dalam kuali yang sama, tinggalkan sedikit minyak anggaran 3 camca besar. Tumis bahan tumbuk hancur tadi hingga harum dan terbit minyak, guna api kecil. Tambah jus asam jawa, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. 
  3. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tuang atas terung tadi atau anda boleh gaulkan sambal dengan terung. Tabur sedikit hirisan daun bawang sebagai hiasan, jika suka.


Saturday, 16 November 2013

Masa berlalu terlalu pantas



Huhu cepatnya masa berlalu skrg dah masuk bulan November 2013 dh. Lagi sebulan lebih lg nak masuk 2014. Pejam celik aku dh kahwin dh nk masuk 8 bulan dah. Uiiii cepatnya.......... umur kian meningkat lalala xpa rasa muda gi (saja nak sejukkan hati/padahal hehe)....

Bersyukur sebab aku masih bernafas....masih sihat....masih bertenaga....most important think is aku bahagia disamping si dia....anugerah tuhan yg terhebat....sekalipun keja x tentu hala lg tapi bersyukurla dgn rahmat Tuhan.....sekarg cuma dok tunggu bilala nk preknen.

Rumah tu terlalu sunyi, kalu ada baby kan syok.....mula2 plan xmo ada baby lg tp pikir2 balik mana tau bila dpt baby ada rezeki yg Allah nk bagi kan....huhhuuhu

Insyaallah Allah kan maha pemurah lg maha pengasih aku yakin akn tiba juga waktunya...

amin....


Wednesday, 13 November 2013

Luahan Perasaan

Assalamualaikum,

Hari ni adalah hari terakhir Cik Shida sebagai Pegawai Pemantau di Pejabat Pembangunan Negeri Kedah. Huhu terasa sedih lak sebab selama ini kami berdua sama2 buat kerja (saling bantu membantu). Walauapa pun tahniah diucapkan utk cik Shida. Sekurang2nya x perlu lg pening kepala pasal kontrak. Aku lak xtaula bila lak masa aku. Teringin bebenor nk dpt kerja yg lebih baik, suasana baru dn mencari pengalaman baru.

Mungkin Allah akan beri juga bila masa yg sesuai, sebab Allah kan maha perancang yg terbaik. Syak wasangkan baik terhadap Allah. Selama ini Dia sentiasa memakbulkan doaku sekalipun lambat atau pun cepat.

Hari ni hari Khamis mcm biasala aku mesti bersiap2 nk balik kampung, kesian kat mak dok sorang2. Umurnya dah 72 tahun dan aku tengok muka mak dah berkedut seribu dh. Nasib baik ada aku yg boleh bawa dia jalan2. Dulu aku ada kakak yg boleh bawa mak jln2 tapi Allah lebih menyayangi dia. Dia meninggal tahun lepas.

Walauapa pun yg terjadi aku xkan biarkan mak mcm tu je, kalu aku pun buat xtau sapa lg nak tengok2 kan dia. Ibu lah permata hati ku , selagi dia hidup aku nk berbakti pd ibuku.

Sunday, 10 November 2013

Kepentingan membaca surah Al- Fatihah dengan betul

Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.




Nama syaitan:

1. 
DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

2. 
HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3. 
KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4. 
KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK

5. 
KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS

6. 
Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari' Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!!
7. 
SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.
8. 
AMIN ...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA......dua harakat, MIN .... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat .....Perbetullah Bacaan Anda mulai sekarang.

Petua yang berguna untuk kebahagiaan suami-isteri part II


Petua dan Amalan Supaya Isteri Sentiasa DARA.

Ustazah Dr. Fatimah Zahra yang menurunkan petua ini untuk kaum ibu supaya menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah Al-Waqiah.

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan diri luar dan dalam.

Cara-caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah 1x, Ayatul Qursi 1x dan Surah Al-Waqiah, ayat 35-38 sebanyak 7x. Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga. 




Bacaan dlm rumi
(35) Inna ansha/nahunna inshaan (36) FajaAAalnahunna abkaran (37) AAuruban atraban (38) Li-as-habi alyameeni

Maksudnya:   

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. (35) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh). (36).Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (37) Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan (38)". 

Tuesday, 5 November 2013

Kesukaran dalam hidup itu sebenarnya rahmat dari Allah S.W.T



Sesungguhnya adakalanya kita mengeluh takkala ditimpa musibah dan bertanya2 kepada Allah S.W.T, kenapa Allah S.W.T menduga kita sebegini. Adakalanya kita berputus asa, bersedih tetapi sesungguhnya dlm kesukaran itu terletaknya satu nikmat yg besar iaitu kesyukuran. Kesyukuran di akhir kesulitan, Aku bukanlah seorang ustazah mahupun pendakwah tapi adakalanya dari apa yg pernah dialami dan telah pun merasa nikmat yg maha besar dari Allah S.W.T sudah tentulah merasa bersyukur diatas dugaan dan ujian yg diberi oleh Allah S.W.T selama ini. Ingatlah kawan2 takkala kita dilanda sedih jgnlah kita berputus asa dari ramat Allah S.W.T. Kerana sesungguhnya Allah S.W.T maha perancang yang terbaik, Dia tahu yang mana terbaik utk kita.

Utk kawan2 silalah tonton Video ni Jangan sedih, Allah kan ada, betul tak?. Kenapa kita perlu menonton video ni sebab adakala bila kita dah menerima rahmat dari Allah kita lupa bahawa kita pernah diuji dan tidak lagi mengingatiNya. (Supaya kita sentiasa bersyukur dan mengingatiNya.) Bila kita diberi ujian yg maha berat kita masih mampu tersenyum kerana itu tandanya Allah sedang menguji kita. Ketika itu laluinya dengan sabar serta berdoa pd yg Esa keran Allah S.W.T maha pendengar yg terbaik. 


Terima kasih ya Allah.  

Nota: jika x boleh bukak video ni silalah lawati fb iranatt k. Dlm tu ada video tersebut.
Perkongsian utk ilmiah...
              
 


Setelah 7 Tahun menanti akhirnya disahkan hamil.

 Saya berkahwin hampir 7 Tahun, tapi baru kini disahkan hamil anak sulong. Alhamdulillah, mybe asbab berdoa dgn amalan doa yang diberi oleh ...