Monday, 21 October 2013

Mencari Kerja


Kerisauan melanda, huhu agaknya bilala nak dapat kerja yg jauh lebih baik dari kerja sekarang. Kerja sekarang cuma menanti utk ditamatkan kontrak je....huaaaaaa

Walau macam mana pun aku bersyukur sebab masih bekerja sekalipun kontrak. Semoga Allah S.W.T membuka jalan dan pintu rezeki utkku seperti mana dia membuka jalan dan memberi jodoh kpd ku takkala aku buntu dlm soal jodoh. Alhamdulillah, syukur ku kpd ilahi kerana memberi ku jodoh yg jauh lebih baik. Aku bahagia kini, dan sebab tu lah badanku xla sekurus dulu lg. Dulu kurus melidi hehehe:>

Walau apa pun yg berlaku jgn sesekali kita kecewa dan lupa padaNya kerana dia lah tempat terbaik utk meminta dan berdoa. Lebih2 lagi bagi org yg dianiaya. Doanya sentiasa dimakbulkan Tuhan so kita jgn sesekali menganiaya org lain k. Takutlah pd balasan Allah yg maha esa. Hidup didunia hanya persinggahan yg kekal abadi ialah di akhirat kelak.

Berceramahla pula haha, Aku yakin sekalipun kini aku juga dah makin buntu dalam mencari kerja namun aku percaya yg Allah S.W.T tidak menzalimi hambanya. Sesungguhnya aku bersyukur kepadaMu Ya Allah kerana Dia maha perancang yg terbaik buat kita. Walau aku kini masih bekerja secara kontrak aku tahu Allah sedang merancang yg terbaik buatku. Sekiranya sebaliknya yg berlaku maka bersabar dn redha adalah kunci terbaik buat org islam...


Amin...








No comments:

Post a Comment

Setelah 7 Tahun menanti akhirnya disahkan hamil.

 Saya berkahwin hampir 7 Tahun, tapi baru kini disahkan hamil anak sulong. Alhamdulillah, mybe asbab berdoa dgn amalan doa yang diberi oleh ...