Thursday, 24 October 2013

Petua bedak muntah belut


bedak sejuk muntah belut miracle of clay 1

Jadi disini dikongsikan petua cara guna bedak muntah belut
ini untuk bantu merawat jerawat2 DEGIL ni :
 NNMK - Beauty Remedies -sila link di link sebelah k

1. Jika kulit sensitif, elakkan melarutkan bedak muntah belut ini
    dengan air gamat. Gunakan saja air mineral atau air zam zam atau
    air2 yang tidak punyai atau kurang kandungan klorin. Elakkan 
    guna air paip biasa untuk larutkan bedak kerana kemungkinan 
   sesetengah kulit tidak sesuai dengan reaksi klorin dalam air.
   Air dengan kandungan klorin tinggi memang nampak bersih
   dan jernih, tetapi ada risikonya terhadap kulit sensitif.

2. Masa amal pakai bedak muntah belut ini, elakkan dicampurkan 
    dengan krim atau pencuci muka lain dirisaukan ada tindakbalas 
    yang tak sesuai pada kulit. 

3. Sebaiknya pakai bedak muntah belut ni pada sebelah malam 
    sebelum tidor dan keesokkan paginya cuci je dengan air biasa. 

4. Masa cuci untuk hilangkan kesan2 bedak ni, boleh guna air
    paip biasa. Selepas dah cuci muka awal pagi tu , nak pakai 
    makeup ke dll, ok la tu untuk ke tempat kerja atau keluar rumah. 

5. Bila nak pakai bedak ni semula pada sebelah malam tu, cuci muka
   dulu dengan air biasa . Larutkan bedak tu dengan air mineral atau air 
   zam zam atau apa2 air yang diketahui tiada atau kurang kandungan 
   klorin, bila dah larut, buat larutan tu nipis je, jangan bazirkan bedak tu, 
   dan ambil dan sapu kat muka atau bahagian2 lain yg perlu dirawat.

6. Boleh juga jadikan bedak muntah belut sebagai bahan SCRUB
    untuk memaksimakan kesan rawatan bedak ni.
    Caranya :
    - Larutkan bedak ni dalam air dan buat biar pekat sikit.
    -  Ambil dan scrubkan kat tempat jerawat tu.
       Gosokkan beberapa minit bahagian jerawat tu.
    -  Bila dah buat ni, cuci dan bersihkan bahagian jerawat ni dengan
       air biasa.
    - Bila dah bersih, ambil larutan bedak tu balik, masa ni buat
      cair sikit dan tempekkan kat bahagian jerawat tu dan biarkan
      semalaman. Cuma bersihkan bahagian ni keesokan pagi bila
      bangun dari tidur.
    
Petua ni boleh diamalkan sekerap yang boleh. Insyallah sembuh 
masaalah jerawat tu.

bedak sejuk muntah belut miracle of clay 2bedak sejuk muntah belut miracle of clay 3

2 comments:

Setelah 7 Tahun menanti akhirnya disahkan hamil.

 Saya berkahwin hampir 7 Tahun, tapi baru kini disahkan hamil anak sulong. Alhamdulillah, mybe asbab berdoa dgn amalan doa yang diberi oleh ...