Monday, 28 October 2013

Ayat seribu dinar

Ayat+Seribu+Dinar


Hikmah Ayat 1000 Dinar


Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:‎

‎1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎
‎2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
‎3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan,‎kezaliman dan bencana alam.‎
‎4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎
‎5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.



Amalan

Ramai yang menghafal ayat ini untuk dibaca dimasa-masa yang sesuai, seperti selepas solat dan ketika berdepan masalah. Tidak kurang juga peniaga menggantung atau menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka, dengan harapanperniagaan bertambah maju. Walaubagaimana pun jika sekadar menampalkan ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan, tapi solat tidak dikerjakan, amalan tidak jujur dalam perniagaan terus dibuat atau sebagainya, ini tidak bermakna kita mengamalkan ayat 1000 dinar.
.
Tujuan menampalkan pelekat itu hanyalah sebagai cara supaya kita selalu beringat untukbertaqwa dan bertawakkal. Begitu juga kalau kita baca ayat ini beribu-ribu kali dalam sehari, sedangkan kita tidak bertaqwa dan bertawakkal, itu juga bukan cara yang betul mengamalkan ayat 1000 dinar.
Sebenarnya ayat seribu dinar adalah sebaik-baik doa untuk segala masalah. Walaupun begitu banyak doa-doa lain untuk perlindungan diri dari musibah dan ketika susah. Tetapi tidak ramai yang mampu menghafal banyak doa-doa yang khusus untuk sesuatu tujuan tersebut.
Sewaktu dalam kesusahan dan dalam keadaan darurat, ada kalanya kita terlupa, apakah doa yang hendak dibaca. Yang sebaik-baiknya ayat seribu dinar yang mudah dihafal dapat dibaca. Ayat seribu dinar merangkumi kesemuanya untuk mendapatkan rezeki yang banyak, melindungi diri dari bala dan musibah serta perlindungan dari syaitan, jin dan iblis.
.


Thursday, 24 October 2013

Petua bedak muntah belut


bedak sejuk muntah belut miracle of clay 1

Jadi disini dikongsikan petua cara guna bedak muntah belut
ini untuk bantu merawat jerawat2 DEGIL ni :
 NNMK - Beauty Remedies -sila link di link sebelah k

1. Jika kulit sensitif, elakkan melarutkan bedak muntah belut ini
    dengan air gamat. Gunakan saja air mineral atau air zam zam atau
    air2 yang tidak punyai atau kurang kandungan klorin. Elakkan 
    guna air paip biasa untuk larutkan bedak kerana kemungkinan 
   sesetengah kulit tidak sesuai dengan reaksi klorin dalam air.
   Air dengan kandungan klorin tinggi memang nampak bersih
   dan jernih, tetapi ada risikonya terhadap kulit sensitif.

2. Masa amal pakai bedak muntah belut ini, elakkan dicampurkan 
    dengan krim atau pencuci muka lain dirisaukan ada tindakbalas 
    yang tak sesuai pada kulit. 

3. Sebaiknya pakai bedak muntah belut ni pada sebelah malam 
    sebelum tidor dan keesokkan paginya cuci je dengan air biasa. 

4. Masa cuci untuk hilangkan kesan2 bedak ni, boleh guna air
    paip biasa. Selepas dah cuci muka awal pagi tu , nak pakai 
    makeup ke dll, ok la tu untuk ke tempat kerja atau keluar rumah. 

5. Bila nak pakai bedak ni semula pada sebelah malam tu, cuci muka
   dulu dengan air biasa . Larutkan bedak tu dengan air mineral atau air 
   zam zam atau apa2 air yang diketahui tiada atau kurang kandungan 
   klorin, bila dah larut, buat larutan tu nipis je, jangan bazirkan bedak tu, 
   dan ambil dan sapu kat muka atau bahagian2 lain yg perlu dirawat.

6. Boleh juga jadikan bedak muntah belut sebagai bahan SCRUB
    untuk memaksimakan kesan rawatan bedak ni.
    Caranya :
    - Larutkan bedak ni dalam air dan buat biar pekat sikit.
    -  Ambil dan scrubkan kat tempat jerawat tu.
       Gosokkan beberapa minit bahagian jerawat tu.
    -  Bila dah buat ni, cuci dan bersihkan bahagian jerawat ni dengan
       air biasa.
    - Bila dah bersih, ambil larutan bedak tu balik, masa ni buat
      cair sikit dan tempekkan kat bahagian jerawat tu dan biarkan
      semalaman. Cuma bersihkan bahagian ni keesokan pagi bila
      bangun dari tidur.
    
Petua ni boleh diamalkan sekerap yang boleh. Insyallah sembuh 
masaalah jerawat tu.

bedak sejuk muntah belut miracle of clay 2bedak sejuk muntah belut miracle of clay 3

Wednesday, 23 October 2013

Pantang larang bila kena penyakit kayap



Pantang larang bila terkena penyakit kayap :

1) Ada pendapat mengatakan cepat2 jumpa doktor atau pakar
perubatan untuk nasihat dan rawatan . Ada juga mengatakan
cuma jumpa pakar rawatan tradisional. Jadi ikut yang mana
terbaik.


2) Elakkan pakai pakaian ketat. Pakai pakaian yang longgar
untuk mengurangkan kesakitan disebabkan geseran pakaian
dengan bahagian kulit.


3) Jangan pakai seluar serta baju yang berhawa panas 

( contoh jemur di luar rumah dibawah terik matahari atau 
yang baru digosok)

4) Jangan pakai seluar serta baju yang basah


5) Elakkan menggaru bahagian kayap itu dikhuatiri boleh
merebak ke bahagian lain. Kayap ni akan rasa gatal2, minta
ubat untuk kurangkan rasa gatal2.


6) Bila mandi, biasakan mengosok pelan2 bahagian kayap tu
dengan sabun untuk pastikan kebersihan pada bahagian kayap tu.


7) Jika boleh, semasa dijangkiti penyakit kayap ni , elakkan dari
mendekati ahli keluarga serta rakan2 dikhuatiri mereka2 ni
akan dijangkiti pula.


8) Jaga pemakanan dikhuatiri rasa bisa dan gatal2. Makan
kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin,
makanan gatal2 dan goreng2 cuba elakkan, hanya makan yang
rebus, stim atau bakar. Jangan makan makanan berminyak.


9) Kurangkan makan buah tempatan atau sayuran yang menjalar/
berjalur (contohnya tembikai,timun,labu)


10) Tak boleh dengar orang goreng lauk, dan tak boleh goreng
sebarang benda pun.


Antara petua2 rawatan boleh dicuba :

1) Sapu dengan BEDAK MUNTAH BELUT untuk keringkan /
  kecutkan kayap tu dan seterusnya menyembuhkan
  penyakit kayap tu


2) Sapu dengan BEDAK SEJUK PENAWAR BENANG SILA.


3) Sapu dengan ubatan berasaskan alor vera


4) Sapu dengan kelapa parut campur gula melaka
ke bahagian kulit terkena kayap tu


5) Gunakan daun cili dan kapur makan. Tumbukkan atau
ramas daun lada serta campurkan sedikit kapur . sapukan
dibahagian kulit terkena kayap.


6) Gunakan daun pokok duit2. Ditumbuk hancur , ambil
daunnya serta air perahannya dan ditekap pada tempat
dijangkiti kayap tu . Jika boleh, dibengkungkan semalaman.


7) Gunakan daun delima ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan
bedak sejuk (tanpa pewangi contoh BEDAK SEJUK MUNTAH
BELUT ) dan tempekkan pada tempat kayap itu.


8) Gunakan daun bunga melur , Pucuk daun buah delima ,
Daun setawar dan Pucuk daun mambu. Semua daun di atas
di tumbuk atau di belender dan di campurkan dengan
bedak sejuk ( tanpa pewangi contoh BEDAK SEJUK MUNTAH
BELUT ) dan di bancuh pekat. Kemudain di sapu atau tampal
atau tempekkan pada tempat kayap tu .


9) Gunakan ubi larut. Di gosokkan pada simen atau lesung batu,
ambil pati nya dan sapu di tempat kayap tersebut.


10) Minum minuman yang menyejukkan badan contoh getah anggur
dicampur dengan kembang semangkuk

Sambil2 berubat tu, cuba dapatkan juga air penawar dari pakar
perubatan tradisional. Biasanya air penawar ni disediakan
berpandukan kepada ayat2 suci al-quran. 


Semasa sedang berubat tu, selalu2lah berdoa kepada Allah 
agar sembuh cepat. 

Bedak Sejuk Muntah Belut



Untuk order sila lawati http://cocoapinky.blogspot.com

BEDAK SEJUK MUNTAH BELUT 

KHASIAT MIRACLE OF CLAY:
- Menggebukan, menyerikan kulit wajah dari kusam
- Menghilangkan masalah jerawat, muka berminyak, resdung 
- Ruam pada bayi 
- Masalah kegatalan kulit dan kudis pada tubuh badan
- Mencerahkan bhgn hitam pelipat celah paha dan ketiak 
- Masalah melecet celah paha 
- Menegangkan kulit muka dan mengecilkan liang roma 
- Mengurangkan bahang panas akibat kulit terbakar sinaran matahari 

CARA-CARA PENGGUNAAN: 
Campurkan sedikit bedak sejuk dengan sedikit air. Sapukan ke seluruh muka. Biarkan selama semalaman, kemudian cuci muka seperti biasa di sebelah pagi. Untuk hasil yang lebih memuaskan, campurkan dengan air gamat/zam-zam.

Untuk kulit berminyak/bermasalah : 
Gunakan bedak sejuk setiap malam sebelum tidur.

Untuk jerawat batu : 
Sapukan lebih bedak sejuk di kawasan yang bermasalah.

Untuk kulit normal/kering : 
Gunakan bedak sejuk selama 2 hingga 3 hari berturut-turut. Penggunaan berselang hari memberi hasil lebih memuaskan

Rawati kulit anda dengan bedak muntah belut yang halal dan tanpa bahan kimia.Bedak muntah belut ini mujarab untuk mengubati penyakit kulit seperti ruam, kayap, jerawat, campak dah sebagainya.



Petikan Harian Metro


Awek Muda Dek Bedak Sejuk



Oleh Siti Zarinah Sahib
Dulu namanya gah di pentas peragaan serta sering menghiasi ruangan fesyen majalah tempatan dan iklan di media elektronik.
Memiliki ketinggian 177 sentimeter berdarah campuran Melayu sebelah bapa dan Serani sebelah ibu, tidak hairan pemilik nama Nik Nafisah Marini Nik Othman Ariff Kamil walaupun sudah memasuki usia 46 tahun, dari segi penampilan serta raut wajah ternyata dia tampak muda daripada usia sebenar. 
Ditanya mengenai rahsianya, jelas Ketua Pegawai Operasi Marini Signature (M) Sdn Bhd itu, amalan menjaga kulit wajah sejak remaja membantu mendapatkan kulit sihat dan segar tanpa sebarang masalah. Dia yang juga anak kepada bekas Ratu Cantik Malaysia/Dunia 1966, Merlyn McKelvie, 65, bukan saja mewarisi keayuan wajah ibunya tetapi memiliki lenggok tubuh serta badan yang langsing. 

Meskipun hampir mencapai usia separuh abad, aura kejelitaan wanita ini tetap terpancar. Malah ketika diminta beraksi di hadapan kamera, dia tetap anggun menampilkan gaya tersendiri walaupun sudah 18 tahun meninggalkan dunia peragaan.
Foto

Jelas Marini, ibunya yang sentiasa kelihatan menawan menjadi sumber inspirasi serta turut mempengaruhi dirinya untuk bersama-sama mengamalkan petua tradisional iaitu memakai bedak sejuk muntah belut, minum air kosong setiap kali bangun tidur, mengambil jamu dan melakukan senaman di gimnasium.

“Saya sudah memakai bedak sejuk muntah belut sejak 20 tahun lalu. Kesannya sangat menakjubkan kerana kulit menjadi halus dan licin. Ini menyebabkan ramai bertanya produk yang saya gunakan. Memang saya sangat percaya kepada bahan semula jadi kerana ia lebih selamat,” katanya yang turut mengajar anak gadisnya, Tengku Nafisah Nadirah, 23, dengan amalan rutin kecantikan bersama.

Bagi menjaga kecantikan kulit, dua kali sebulan Nik Marini dan Nafisah melakukan rawatan wajah, urut badan serta lulur di spa. Ini bagi memastikan kulit kembali segar serta perjalanan darah lancar selepas diurut. 

Memiliki rambut yang cantik, lebat dan kehitaman, Nik Marini menganggap rambut aset paling berharga. Sebab itu sejak berusia tujuh tahun dia sudah mengikut ibu ke salun dan rutin ini diteruskan sehingga sekarang apabila dia mendapatkan rawatan intensif dan memotong hujung rambut yang rosak setiap dua bulan sekali manakala untuk rutin harian, dia tidak mengabaikan penggunaan perapi dan tonik selepas memakai syampu. 

“Rambut adalah mahkota paling berharga sebab itu saya sanggup berhabis duit memastikan rambut berada dalam keadaan sihat. Amalan menggunakan sumber semula jadi juga membantu mendapatkan rambut yang hitam dan lebat,” ujarnya. 

Dari segi pemakanan, sebagai bekas model sejak remaja Marini begitu memberi perhatian kepada pemilihan makanan sihat dengan memperbanyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam menu harian. Ini kerana sumber vitamin dan protein sangat penting bagi mengekalkan kecantikan serta bentuk badan yang ideal. 

“Saya juga mengambil makanan tambahan seperti CoQ10, vitamin C, glucosamine, kalsium, magnesium, multivitamin dan neem yang baik untuk kulit dan rambut. Saya percaya menjaga pemakanan serta amalan senaman mampu mengekalkan berat badan dan terhindar daripada penyakit. 

“Setiap tahun saya juga menjalani ujian darah bagi pengesanan awal penyakit berbahaya,” katanya yang tidak percaya kepada suntikan kerana takut pada jarum selain meninggalkan kesan negatif pada tubuh. 


Halangan bapa

Wanita ini mula berkecimpung dalam dunia peragaan sejak berusia 15 tahun ketika menyertai pertunjukan fesyen sekolah. Pada masa itu, pengasas agensi peragaan terkenal Cilla Foong Assoc, Cilla Foong mula menghidu bakat semula jadi Marini.

“Setiap tahun saya sering menjadi model bagi pertunjukan fesyen yang diadakan di sekolah. Ketika membuat pertunjukan saya langsung tidak sedar langkah saya diperhatikan. Selesai memperagakan pakaian, Cilla menemui saya di belakang pentas dan meminta saya menghadiri sesi uji bakat,” katanya.

Pelawaan Cilla diterima dengan hati terbuka kerana ketika itu Marini sudah memasang angan-angan bergelar peragawati terkenal. Selepas menerima latihan peragaan serta rundingan imej, Marini diberikan tugasan pertama iaitu memperagakan pakaian di Hotel Hilton, Petaling Jaya.

“Saya masih ingat ketika kali pertama berjalan di pentas utama, bagaikan ada aura yang membuatkan saya ingin menjadikan bidang ini sebagai karier. Ia satu pengalaman yang sukar dilupakan kerana selain pakaian dan solekan yang pastinya merubah penampilan, saya juga perlu bijak berhadapan orang ramai,” katanya. 

Namun wanita ini terpaksa berhadapan cabaran paling besar apabila ibu bapa tidak merestui pembabitannya dalam bidang ini. 

“Sebenarnya bapa saya tidak mengetahui langsung pembabitan dalam dunia peragaan. Bapa hanya mengetahui selepas melihat gambar saya terpampang di sebuah akhbar ketika menyertai Ratu Cantik Malaysia lalu dia meminta saya menarik diri,” jelasnya. 

Namun melihat kesungguhan Marini, akhirnya dia merestui kerjaya anaknya asalkan pandai membawa diri. Tambahan pula apabila Marini berpeluang memperagakan pakaian rekaan pereka terkenal Kanzai Yamamoto, ia pengalaman yang sukar dilupakan. 

Selepas dua tahun aktif, tanpa dirancang Marini bertemu jodoh pada usia 19 tahun. 

“Hanya selepas beberapa bulan menyemai cinta kami mengambil keputusan mendirikan rumah tangga. Bayangkan saya baru berusia 19 tahun namun saya tekad kerana ini jodoh terbaik buat saya,” katanya. 

Selepas mendapat cahaya mata pertama, Tengku Mohammad Idris Al-Ariff yang kini berusia 26 tahun, Marini mula memperlahankan aktiviti peragaannya kerana mahu memberi tumpuan kepada keluarga. Namun selepas melahirkan anak kedua, Tengku Nafisah Nadirah, rezeki semakin mencurah menyebabkan dia mencuba nasib menghiasi iklan media cetak dan elektronik antaranya iklan makanan segera McDonalds, beg tangan Bonia, S’fare, Nescafe dan Pampers.

Berbicara mengenai disiplin, Marini tidak menolak model seangkatannya seperti Adib Yasmin, Shasha, Shigim, Yvonne Blake, Yvonne Gabriel dan Christine Lim adalah generasi yang sangat berdisiplin dan bersungguh-sungguh setiap kali menerima tugasan. 

“Bagi kami, disiplin menentukan jatuh bangun seseorang dalam bidang peragaan kerana seorang model yang baik harus mahir mendisiplinkan diri serta tidak mengharap agensi mengenakan peraturan untuknya.

“Selain bijak menonjolkan diri, seorang model harus pandai mengawal maruah diri serta mendidik dengan peraturan yang ketat,” ujarnya.


Tubuh Marini Signature

Mengumpul pengalamannya selama hampir 30 tahun dalam dunia peragaan, dia yang berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dengan membuka butik HaniMarini Treasures bersama seorang teman rapat sejak tiga tahun lalu kini komited mengembangkan perniagaan dalam bidang produk kecantikan. 

Hanya selepas menerima pelawaan seorang rakan yang juga penghidap kanser, Nik Marini akhirnya mencuba memasarkan produk kecantikan wajah berasaskan bahan semula jadi iaitu 100 peratus menggunakan minyak pati asli.

“Bagi menghasilkan produk, kajian selama 30 tahun sudah dijalankan bagi mengetahui keberkesanannya dengan saya sebagai pengguna. Apabila ramai bertanya bagaimana saya boleh mendapatkan kulit yang cantik dan sihat, ia cukup memberi gambaran Marini Signature suatu produk yang bagus,” katanya. 

Memilih nama Melayu seperti Chantek, Harum, Molek, Ikal Maya, Gebu, Jelita dan Anggun sebagai koleksi produk, bagi Marini ia mampu mengembalikan nilai kemelayuan selain nampak unik dan klasik.

Sebagai pengasas, Nik Marini ingin mendidik masyarakat supaya kembali kepada cara lama, tradisional dan semula jadi. 

“Untuk bedak asas misalnya, saya menggunakan selut daripada belut kerana terbukti mempunyai banyak kebaikan. Antaranya melicinkan kulit, menghilangkan bau badan, resdung malah sesuai untuk penyakit kulit,” katanya yang setakat ini mempunyai 16 produk membabitkan wajah, rambut dan kulit serta produk untuk lelaki. 

Pada masa akan datang, Marini berhasrat membawa Marini Signature untuk pasaran Timur Tengah juga ke negara Asia kerana ia dirumus untuk kulit wanita Asia. Dengan tema Sesuci Sentuhan Alam, wanita ini berharap kualiti serta kebaikan pada setiap produk akan mendapat tempat setanding dengan produk kecantikan antarabangsa lain.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/1821 0 Google +1 0 0

Monday, 21 October 2013

Mencari Kerja


Kerisauan melanda, huhu agaknya bilala nak dapat kerja yg jauh lebih baik dari kerja sekarang. Kerja sekarang cuma menanti utk ditamatkan kontrak je....huaaaaaa

Walau macam mana pun aku bersyukur sebab masih bekerja sekalipun kontrak. Semoga Allah S.W.T membuka jalan dan pintu rezeki utkku seperti mana dia membuka jalan dan memberi jodoh kpd ku takkala aku buntu dlm soal jodoh. Alhamdulillah, syukur ku kpd ilahi kerana memberi ku jodoh yg jauh lebih baik. Aku bahagia kini, dan sebab tu lah badanku xla sekurus dulu lg. Dulu kurus melidi hehehe:>

Walau apa pun yg berlaku jgn sesekali kita kecewa dan lupa padaNya kerana dia lah tempat terbaik utk meminta dan berdoa. Lebih2 lagi bagi org yg dianiaya. Doanya sentiasa dimakbulkan Tuhan so kita jgn sesekali menganiaya org lain k. Takutlah pd balasan Allah yg maha esa. Hidup didunia hanya persinggahan yg kekal abadi ialah di akhirat kelak.

Berceramahla pula haha, Aku yakin sekalipun kini aku juga dah makin buntu dalam mencari kerja namun aku percaya yg Allah S.W.T tidak menzalimi hambanya. Sesungguhnya aku bersyukur kepadaMu Ya Allah kerana Dia maha perancang yg terbaik buat kita. Walau aku kini masih bekerja secara kontrak aku tahu Allah sedang merancang yg terbaik buatku. Sekiranya sebaliknya yg berlaku maka bersabar dn redha adalah kunci terbaik buat org islam...


Amin...








Setelah 7 Tahun menanti akhirnya disahkan hamil.

 Saya berkahwin hampir 7 Tahun, tapi baru kini disahkan hamil anak sulong. Alhamdulillah, mybe asbab berdoa dgn amalan doa yang diberi oleh ...