Saturday, 31 May 2014
~ Sihat Untuk Beribadah With Ibu Arif ~ : Penawar darah tinggi, kencing manis dan berkaitan ...
~ Sihat Untuk Beribadah With Ibu Arif ~ : Penawar darah tinggi, kencing manis dan berkaitan ...: Penawar Kencing Manis Menurut Kaedah Perubatan Islam Oleh: Muhd Rizal Setiap penyakit itu pasti diturunkan sekali dengan penawarnya....
Monday, 21 April 2014
Petua untuk mendapat zuriat dari Ustaz Sharhan Shafiee
Berikut saya kongsikan petua yang saya perolehi dari Ustaz Sharhan melalui Rancangan Tanyalah Ustaz di TV9, selain berikhtiar dalam perubatan moden kita juga digalakkan untuk mengamalkan cara perubatan islam.

Makan kesemua 14 biji selang satu hari

Surah Al nahlu ayat
69
Bermaksud:
"Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan
(yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang
diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari
dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar
bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada yang demikian
itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu
berfikir
Surah Al-tin
Bacaan dalam rumi:
1.Wattiini
wazzaituun 2.watuurisiiniin 3.wahaadzal baladil amiin. 4.laqod holaqnal insaana
fii ahsani taqwiim. 5.tsumma rodadnaahu asfala saafiliin 6. illalladziina amanu
wa'amilussoolihaati falahum ajrun ghoiru mamnuun 7.famaa yukadzzibuka ba'du
biddiin 8.alaisalloohu bi ahkamil haakimiin.
Artinya:
1). Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun 2). Dan demi bukit Sinai 3). Dan demi kota (Mekah) ini yang aman 4). Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya 5). Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka) 6). Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya 7). Maka apakah yang menyebabkan kamu mendustakan (hari) pembalasan sesudah (adanya keterangan-keterangan) itu?8). Bukankah Allah Hakim yang seadil-adilnya?

Dan akhir sekali baca
Selawat 7 Kali
Cara:
Bahagikan 14 biji telur ayam kampung utk isteri
dan 14 biji telur ayam kampong utk suami
Masakkan separuh masak
Dlm cawan 1 biji telur separuh masak dan 1 sudu
madu (madu asli)-kena buat 2 cawan la
Sebelum penyediaan dan sebelum makan baca Surah2
diatas dan minum..
Wednesday, 16 April 2014
Kelebihan Bismillah 21
Amat mudah untuk diamalkan. Hanya memakan masa selama satu atau dua minit sehaja, namun anda akan mengalami kesan yang menakjubkan. Amalan in dilakukan semasa mahu tidor pada waktu malam. Cara amalannya seperti berikut:
Semasa mahu tidor pada waktu malam, apabila kita sudah pun di kasur atau katil, setelah baringkan diri, bacalah BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM sebanyak 21 kali. Kemudian niatkan dalam hati jam berapa kita mahu bangun esok paginya. Boleh juga berniat seperti ini ” Ya Allah, aku mahu bangun 20 minit sebelum azan subuh”. Atau pun begini ” Ya Allah aku mahu bangun jam 3.00 pagi untuk solat tahajjud”.
InsyaAllah anda akan terjaga tepat pada masa yang telah diniatkan.
Amalan ini amat mudah dilakukan dan amat mustajab kesanya. Kalau anda masih belum yakin atas apa yang ana paparkan disini, anda boleh mencuba sendiri mulai malam ini, kemudian lihatlah buktinya. Sugguh mudah sekali.
Disamping anda boleh jaga tepat pada waktu yang diniatkan, pengamal bacaan BISMILLAH 21 kali ini juga mendapat faedah-faedah lain juga, antaranya:
- Anda akan terjaga tidor sekiranya ada penceroboh atau mencuri yang berniat buruk.
- Terselamat dari sebarang gangguan makhluk, samada dari ganguan manusia atau binatang serta gangguan jin.
- Terselamat dari sihir atau ilmu hitam yang di tujukan kepada kita yang selalunya dilakukan semasa sesaorang itu tidor.
BEGITULAH KEBESARAN ALLAH!
Thursday, 10 April 2014
Perubatan Santau Angin/Darah
Anda mengalami masalah seperti di atas. Kini anda tidak perlu runsing lagi kerana setiap penyakit ada penawarnya. Bagi sesiapa yg mempunyai masalah seperti di atas anda boleh mendapatkan penawarnya dari kawan saya Liza .
Pada mulanya saya tidak mempercayainya , namun setelah melihat sendiri bagaimana salah seorang pesakit yang telah disantau sembuh kini saya mulai percaya. Pesakit tersebut mengalami muntah-muntah darah dan perlbagai masalah yang sukar untuk dijelaskan. Kini pesakit tersebut sembuh sepenuhnya.
Bagi anda yang buntu untuk mencari penawar tidak salah sekiranya anda cuba mendapatkan rawatan dari kawan saya.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi di nombor talian 013-4057144- Liza. Beliau tinggal di Alor Setar.
Notakakiiranatt: sebarang pertanyaan sila hubungi di nombor di atas.......
Wednesday, 9 April 2014
Santau Angin
Tanda Terkena Santau dan Cara Mengelakkan Santau
Santau terbahagi
kepada dua:
Jenis Pertama
– Santau yang
diperbuat daripada adunan tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan jin dan
syaitan.
Santau jenis ini
agak mudah dirawat.
Jenis Kedua
– Santau yang
disertai dengan pemujaan terhadap jin dan syaitan.
Santau ini juga
dikenali dengan ‘Santau Angin’. Santau ini agak sukar dirawat kerana ia melibatkan
jin yang memiliki sayap dan terbang di udara. Biasanya mangsa akan menjadi
kurus kering.
Bahan-bahan Santau:
- Bahan yang berbisa seperti bisa ular tedung senduk, ular kapak dan katak puru
bertanduk.
- Bahan miang seperti miang buluh, ulat bulu, miang rebung, tali guni dan
sebagainya.
- Bahan yang tajam dan melukakan seperti kaca, jarum, berus besi, rambut, kuku
manusia atau
binatang
dan sebagainya.
- Bahan yang boleh membuat seseorang itu tidak dapat tidur seterusnya
menjadikan bodoh seperti
kura-kura,
tulang dagu kera duku, uri kucing, biji mata kelawar dan burung jampuk.
Tanda-tanda terkena santau:
Jika seseorang mempunyai ciri-ciri berikut maka beliau disyaki telah terkena
santau:
- Batuk yang
berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu
kecil seperti serbuk
kaca.
- Istihadah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau
lebih.
- Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat.
Kadang-kala sakit
menjadi-jadi
semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.
- Sakit sesak nafas terutaman waktu Maghrib.
- Lenguh seluruh anggota badan.
- Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
- Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
- Mimpi bahan-bahan yang miang seperti buluh dan ulat bulu.
- Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
- Mimpi kanak-kanak kecil seperti menyusu kanak-kanak tersebut.
- Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
- Mimpi makan makanan kotor seperti bangkai dan babi.
- Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau mimpi pergi ke tempat-tempat ibadat
agama bukan Islam.
- Sentiasa sakit
pada tulang belakang
- Bawah matanya biru (Seperti orang tak cukup tidur)
Kesan-kesan Santau:
Antara kesan-kesan santau terhadap mangsa adalah seperti berikut:
- Boleh membawa maut dengan izin Allah s.w.t.
- Hilang daya
ingatan
- Kulit akan
menjadi merekah dan keluar air bisa dan nanah,
- Tabiat akan
berubah seperti seorang yang dikenali sebagai seorang bersifat penyakit
menjadi
seorang yang panas baran.
- Badan menjadi
bongkok disebabkan batuk yang berpanjangan.
- Badan menjadi
licin kerana seluruh bulu di badan telah gugur.
- Kelopak mata
menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang selalu terganggu.
- Terjadinya
‘saratan’ atau kanser dan ketumbuhan.
- Jika hamil mungkin akan mengalami keguguran
Santau jenis ini
agak mudah dirawat.
- Bahan yang berbisa seperti bisa ular tedung senduk, ular kapak dan katak puru bertanduk.
- Bahan miang seperti miang buluh, ulat bulu, miang rebung, tali guni dan sebagainya.
- Bahan yang tajam dan melukakan seperti kaca, jarum, berus besi, rambut, kuku manusia atau
- Bahan yang boleh membuat seseorang itu tidak dapat tidur seterusnya menjadikan bodoh seperti
kura-kura,
tulang dagu kera duku, uri kucing, biji mata kelawar dan burung jampuk.
Jika seseorang mempunyai ciri-ciri berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:
kaca.
- Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kala sakit
menjadi-jadi
semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.
- Lenguh seluruh anggota badan.
- Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
- Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
- Mimpi bahan-bahan yang miang seperti buluh dan ulat bulu.
- Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
- Mimpi kanak-kanak kecil seperti menyusu kanak-kanak tersebut.
- Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
- Mimpi makan makanan kotor seperti bangkai dan babi.
- Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau mimpi pergi ke tempat-tempat ibadat agama bukan Islam.
- Bawah matanya biru (Seperti orang tak cukup tidur)
Antara kesan-kesan santau terhadap mangsa adalah seperti berikut:
- Boleh membawa maut dengan izin Allah s.w.t.
seorang yang panas baran.
Ayat Pelindung Diri dari Santau

Wednesday, 2 April 2014
Tip-tip pemakanan mengikut ajaran islam
1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.
CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !
2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.
CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.
3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.
CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w
4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.
CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.
6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.
7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."
8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.
9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.
10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.
11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.
12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.
13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.
14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.
15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.
16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.
17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.
18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.
19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.
20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.
21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.
22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori
Wahua'alam.

Tuesday, 4 March 2014
Doa untuk kesuburan-mudah hamil

Salam kepada para pembaca terutama kaum wanita yang sudah berkahwin,
Wanita yang kurang subur sukar untuk mendapat cahaya mata. Ada yang sampai 7 atau 8 tahun berkahwin baru dapat menimang cahayamata. Yang selalu berusaha tapi masih belum berhasil, jangan putus asa. Ikhtiar itu penting dengan mendapat rawatan dari pegawai perubatan. Mungkin juga belum sampai masanya nak menimang cahayamata. InsyaAllah berdoalah kepada Allah SWT supaya dikurniakan zuriat kerana mungkin anda tidak beberapa subur kerana masalah ovulasi, berat badan, usia, masalah saluran fallopia dan masalah lain-lain berkaitan organ peranakan yang tersumbat.
Rasa rendah diri dan sedih apabila melihat orang lain bermanja dan bermain dengan anak-anak mereka. Jangan putus asa dan jika terasa sunyi terutama isteri-isteri yang tidak bekerja, lakukan aktiviti atau sekurang-kurangnya peliharalah beberapa ekor kucing parsi ataupun tikus "hamster" untuk mengisi kekosongan itu semasa suami pergi kerja ataupun ambillah anak angkat dari rumah anak-anak yatim.
Doa ini diantara yang baik diamalkan kepada wanita yang kurang subur kerana beberapa faktor diatas yang disebutkan tadi. InsyaAllah dengan mengamalkan dan dengan izin-Nya boleh merubahkan segala sesuatu dari yang buruk kepada yang baik untuk wanita yang mempunyai masalah kesuburan. Yang penting keyakinan kekuasaan-Nya dalam menyembuhkan.
Cara-caranya:
Sebelum memulakan bacaan:
1. Istighfar 10x.
2. Shalawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
4. Ayatul Kursi 1x.
5. Doa Untuk Mendapat zuriat. (setiap kali selepas solat) - Link DISINI
6. Doa Kesuburan (Surah Al-Anbiyaa: Ayat 30) - 11x
Sediakan botol air yang bersih secukupnya. Setiap kali habis membaca "Doa Kesuburan" maka ditiupkan kepada air tersebut. Minum air bacaan setiap hari. Sapu air pada bahagian bawah pusat ke turun kebawah dengan air ini sebanyak tiga (3) kali sambil membaca "Doa Kesuburan". InsyaAllah pada bahagian yang bermasalah akan pulih dengan izin-Nya. Jika ada yang tersumbat maka akan terbuka saluran tersebut.
.jpg)
Maksudnya:
Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?
Subscribe to:
Posts (Atom)
Setelah 7 Tahun menanti akhirnya disahkan hamil.
Saya berkahwin hampir 7 Tahun, tapi baru kini disahkan hamil anak sulong. Alhamdulillah, mybe asbab berdoa dgn amalan doa yang diberi oleh ...
-
Antara khasiat Pati Delima :- 1-Membaik pulih fungsi hati dan limpa. 2-Mencuci buah pinggang dan salur kencing 3-Memb...
-
Pantang larang bila terkena penyakit kayap : 1) Ada pendapat mengatakan cepat2 jumpa doktor atau pakar perubatan untuk nasihat dan ra...