Monday, 21 April 2014

Petua untuk mendapat zuriat dari Ustaz Sharhan Shafiee

Berikut saya kongsikan petua yang saya perolehi dari Ustaz Sharhan melalui Rancangan Tanyalah Ustaz di TV9, selain berikhtiar dalam perubatan moden kita juga digalakkan untuk mengamalkan cara perubatan islam.




Surah Al nahlu ayat 69

Bermaksud:
"Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir


Surah Al-tin


Bacaan dalam rumi:



1.Wattiini wazzaituun 2.watuurisiiniin 3.wahaadzal baladil amiin. 4.laqod holaqnal insaana fii ahsani taqwiim. 5.tsumma rodadnaahu asfala saafiliin 6. illalladziina amanu wa'amilussoolihaati falahum ajrun ghoiru mamnuun 7.famaa yukadzzibuka ba'du biddiin 8.alaisalloohu bi ahkamil haakimiin.

Artinya:
1). Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun 2). Dan demi bukit Sinai 3). Dan demi kota (Mekah) ini yang aman 4). Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya 5). Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka) 6). Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya 7). Maka apakah yang menyebabkan kamu mendustakan (hari) pembalasan sesudah (adanya keterangan-keterangan) itu?8). Bukankah Allah Hakim yang seadil-adilnya?

Dan akhir sekali baca

Selawat 7 Kali



Cara:

Bahagikan 14 biji telur ayam kampung utk isteri dan 14 biji telur ayam kampong utk suami

Masakkan separuh masak

Dlm cawan 1 biji telur separuh masak dan 1 sudu madu (madu asli)-kena buat 2 cawan la

Sebelum penyediaan dan sebelum makan baca Surah2 diatas dan minum..

Makan kesemua 14 biji selang satu hari



No comments:

Post a Comment

Setelah 7 Tahun menanti akhirnya disahkan hamil.

 Saya berkahwin hampir 7 Tahun, tapi baru kini disahkan hamil anak sulong. Alhamdulillah, mybe asbab berdoa dgn amalan doa yang diberi oleh ...