Wednesday, 9 April 2014

Santau Angin




Tanda Terkena Santau dan Cara Mengelakkan Santau

Santau terbahagi kepada dua

Jenis Pertama 
– Santau yang diperbuat daripada adunan tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan jin dan syaitan. 
Santau jenis ini agak mudah dirawat. 

Jenis Kedua
 – Santau yang disertai dengan pemujaan terhadap jin dan syaitan. 
Santau ini juga dikenali dengan ‘Santau Angin’. Santau ini agak sukar dirawat kerana ia melibatkan jin yang memiliki sayap dan terbang di udara. Biasanya mangsa akan menjadi kurus kering. 


Bahan-bahan Santau:

- Bahan yang berbisa seperti bisa ular tedung senduk, ular kapak dan katak puru bertanduk.
- Bahan miang seperti miang buluh, ulat bulu, miang rebung, tali guni dan sebagainya.
- Bahan yang tajam dan melukakan seperti kaca, jarum, berus besi, rambut, kuku manusia atau 
  binatang dan sebagainya.
- Bahan yang boleh membuat seseorang itu tidak dapat tidur seterusnya menjadikan bodoh seperti 

kura-kura, tulang dagu kera duku, uri kucing, biji mata kelawar dan burung jampuk.


Tanda-tanda terkena santau:

Jika seseorang mempunyai ciri-ciri berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:

- Batuk yang berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk
kaca.
- Istihadah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.
- Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kala sakit 

menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.
- Sakit sesak nafas terutaman waktu Maghrib.
- Lenguh seluruh anggota badan.
- Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
- Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
- Mimpi bahan-bahan yang miang seperti buluh dan ulat bulu.
- Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
- Mimpi kanak-kanak kecil seperti menyusu kanak-kanak tersebut.
- Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
- Mimpi makan makanan kotor seperti bangkai dan babi.
- Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau mimpi pergi ke tempat-tempat ibadat agama bukan Islam.
- Sentiasa sakit pada tulang belakang
- Bawah matanya biru (Seperti orang tak cukup tidur)

Kesan-kesan Santau:

Antara kesan-kesan santau terhadap mangsa adalah seperti berikut:

- Boleh membawa maut dengan izin Allah s.w.t. 
- Hilang daya ingatan 
- Kulit akan menjadi merekah dan keluar air bisa dan nanah, 
- Tabiat akan berubah seperti seorang yang dikenali sebagai seorang bersifat penyakit menjadi 
seorang yang panas baran. 
- Badan menjadi bongkok disebabkan batuk yang berpanjangan. 
- Badan menjadi licin kerana seluruh bulu di badan telah gugur. 
- Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang selalu terganggu. 
- Terjadinya ‘saratan’ atau kanser dan ketumbuhan. 
- Jika hamil mungkin akan mengalami keguguran









Ayat Pelindung Diri dari Santau

No comments:

Post a Comment

Setelah 7 Tahun menanti akhirnya disahkan hamil.

 Saya berkahwin hampir 7 Tahun, tapi baru kini disahkan hamil anak sulong. Alhamdulillah, mybe asbab berdoa dgn amalan doa yang diberi oleh ...