Dari Abu Hurairah ra,nabi S.A.W bersabda:
'Siapa yang merasa pernah berbuat aniaya kepada saudaranya, sama ada berupa kehormatan badan @ harta lainnya, hendaknya segera meminta halal (maaf) darinya. Sebelum datang suatu hari yang tiada harta @ dinar @ dirham. jika dia punya amal soleh maka akan diambil Jika dia punya amal soleh, maka akan diambil menurut penganiayaannya, dan jika tidak mempunyai hasanah (kebaikan) maka diambilkan dari kejahtan orang yang dianiaya itu untuk ditanggung kepadanya.'
(H.R. Bukhari-Muslim)
Begitulah besarnya dosa ditanggung, Dosa dengan Allah kita boleh meminta ampun tapi jika dosa dengan sesama manusia macam mana? Nak xnak kita perlu meminta maaf jika kita ada buat kesalahan pada sesiapa yang kita buat salah agar waktu kita dihijab kita dalam keadaan bersih. Memangla Karin yang ada dalam badan kita selalu menghasut kita agar berdendam, bermusuhan sebab itu janji dia untuk menyesatkan manusia. Manusia ni tidak sempurna, tapi bila saja kita buat salah cepat2 kita minta maaf. Macam diri aku pun kena kuatkan diri juga nak minta maaf kat orang yang pernah aku buat salah dalam sedar atau tidak sedar. Mohon kekuatan dari Allah S.W.T supaya kita kuat untuk pergi minta maaf. Bila kita dimaafkan maka mudahlah perjalanan hidup kita di dunia dan di akhirat. Amin......moga dipermudahkan.....
Ni lagi satu yang payah kita nak buat kan iaitu memaafkan orang lain yang dah buat kesalahan kat kita. Membenci takkan membuatkan hati kita tenang. Kita sebenarnya membuat perkara yang sia-sia.Buang segala beban dan "kotoran" yang menjadi punca hati menjadi berat dan yang membuat hati kita jauh dari ketenangan.
hikmah memaafkan orang.
Mesti ada yang akan kata "cakap senanglah. Nak buat tu ingat senang ke?"
Tiada jalan yang senang untuk mengecapi bahagia. Sebab itu pentingnya sabar. Bersabarlah. Tenangkan hati. Buang segala yang kotor dalam hati tu. Selagi ada rasa benci , selagi tu hati takkan tenang.
Maafkan dengan seikhlas hati. Kalau tak boleh jugak , minta pertolongan dari Allah. Dekatkan diri dengan Allah. Percayalah , kalau kita dekat diri dengan Allah. Allah akan lembutkan hati kita insyaAllah.
Tersenyumlah bila ada yang menyakitimu ...dan maafkanlah orang itu tanpa dendam dalam hati...
No comments:
Post a Comment