Tuesday, 4 June 2013

Mudahnya Menjemput Rezeki


"Sesungguhnya Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya 
dengan tidak terhitung jumlahnya."



Itulah yang tertera di muka depan buku ini, Mudahnya Menjemput Rezeki. Satu peringatan yang baik untuk kita semua. Yakin pada Allah. Jangan khuatir dengan ketentuan rezeki anda. Usaha, usaha dan usaha tanpa terlalu memikirkan hasilnya. Janji Allah pasti ditepati. Yang diusahakan, insyaAllah akan ada ganjarannya nanti.

Saya sebenarnya membeli buku ini sebagai hadiah untuk diri sendiri. Bagi seorang yang bekerja sendiri, saya tidak dapat lari daripada rasa risau dengan pendapatan yang turun naik dan tidak menentu. Kadang-kadang, rasa risau itu agak overterutamanya apabila $$$ semakin susut dan syaitan pula mula menjalankan tugas dengan jayanya. haha

Membaca buku ini dari semasa ke semasa membantu saya untuk sentiasa ingat bahawa Allah itu Maha adil, Maha pemurah, lagi pengasih dan penyayang. Ia menolong saya untuk terus istiqamah dan bertawakal. 

Menjemput rezeki dengan mengutamakan solat.
Menjemput rezeki dengan solat Tahajud.
Menjemput rezeki dengan solat Dhuha.
Menjemput rezeki dengan zikir.
Menjemput rezeki dengan Doa.
Menjemput rezeki dengan mendoakan orang lain.
Menjemput rezeki dengan Sedekah.
Menjemput rezeki dengan membaca Al-Quran.
Menjemput rezeki dengan Asma'ul Husna.
Menjemput rezeki dengan bersyukur.
Menjemput rezeki dengan tekun berusaha.

Fuhh, banyak betul jalan menjemput rezeki. Yang penting kita ikhlas dan yakin. Selain itu, buku ini juga membuka mata saya tentang definisi rezeki. 

Menurut pengarang Tafsir al-Quran asy-Sya'rawy, rezeki adalah apa sahaja yang memberi manfaat kepada seseorang. Selain itu, kita perlu sedar bahawa apa yang didapati melalui usaha kita, terdapat padanya rezeki orang lain. Oleh itu, jangan lokek memberi.

Duit, makanan, minuman, kereta, rumah dan pelbagai material lain adalah rezeki.Kesihatan yang baik, keupayaan bekerja, kemahuan menabung, sikap, tingkah laku, idea, taufik dan hidayah juga merupakan rezeki. 

Semua rezeki datang dari Allah. Ketentuan rezeki setiap makhluk-Nya sudah ditentukan sehingga hari kiamat. Jom amalkan kaedah-kaedah yang disyorkan di dalam buku ini. Moga kita mendapat rezeki yang berkat. Amiin!

jangan lupa dapatkan buku ini di kedai buku berhampiran. 
Banyak pengisian positif :)


No comments:

Post a Comment

Setelah 7 Tahun menanti akhirnya disahkan hamil.

 Saya berkahwin hampir 7 Tahun, tapi baru kini disahkan hamil anak sulong. Alhamdulillah, mybe asbab berdoa dgn amalan doa yang diberi oleh ...