Sunday, 22 December 2013

Ayat Seribu Dinar

Ayat tersebut adalah QS Ath-Thalaq 2-3.


"...Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar."(Ayat 2)

" Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya..." (Ayat 3)


"...Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya." (Ayat 3)


"Itulah perintah Allah yang diturunkan-Nya kepada kamu dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, niscaya dia akan menghapus kesalahan-kesalahannya dan akan melipat gandakan pahala baginya." (Ayat 5)


Bacaan dlm bahasa melayu:

WAMAN YATTA QILLAHA YAJ'AL LAHU MAKHROJA WA YARZUQUHU MIN HAITHU LA YAHTASIBU WA MAN YATAWAKAL 'ALALLAHI FAHUWA HASBUHU INNALLAHA BAALIGHU AMRIHI QAD JA'ALALLAHU LIKULLI SYAI IN QADRAN.




Hikmah Ayat 1000 Dinar.

Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:‎
‎1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎
‎2. Mendapat jalan 
keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
‎3. Mendapat 
perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan,‎kezaliman dan bencana alam.‎
‎4. Jika berperang Insya’Allah 
tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎
‎5. Allah akan 
menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.


Tetapi ayat seribu dinar merangkumi kesemuanya untuk mendapatkan rezki yang banyak, melindungi diri dari bala dan musibah serta perlindungan dari syaitan, jin dan iblis. Di kala kita dalam kesusahan yang seperti dialami oleh pelajar-pelajar di Mesir yang terkini terkepung. Ada kalanya kita terlupa, apakah doa yang hendak dibaca. Yang sebaik-baiknya ayat seribu dinar yang mudah dibaca dan dihafal sewaktu dalam keadaan darurat. 

Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

Saturday, 14 December 2013

Iklan jawatan kosong bulan Disember 2013

SPA KEDAH

Sila klik di link ni http://www.kedah.gov.my/index.php/ms/jabatan-agensi/badan-berkanun-negeri/suruhanjaya-perkhidmatan-awam-negeri-kedah untuk riqi2 jawatan kosong di SPA Kedah. Ada banyak jawatan kosong kat dalam tu. Cer try nasib kot2 dapat. antara jawatan yang ditawarkan: untuk mengetahui mengenai syarat2 nya dan cara memohon sila klik kat jawatan kat bawah k.

Tips bagi mengelakkan penyakit kekuningan pada bayi anda



Untuk mengelakkan, ibu semasa hamil kenalah: nipun saya dapat dari http://www.whiteymommy.com/search?max-results=3

1. Menelan madu tanpa air

2. Mengamalkan minum susu kambing 2 x sehari. semasa sarapan pagi dan sebelum tidur.

3. Mengamalkan pati delima

4. Banyakkan makan kurma ketika sarapan

5. Mengamalkan makan buah tin setiap 3 hari

6. Menelan minyak zaitun apabila janin berusia 5 bulan ke atas.

6. Si suami digalakkan mengusap perut isteri sambil berselawat sebanyak mungkin.

Mencegah lebih baik dari merawat k




Tips murah rezeki




Kredit to bloger http://www.whiteymommy.com/ sebab telah share tips yang berguna bagi mendapat rezeki yang murah. Antaranya ialah: yang saya tulis ni adalah ringkasannya kalau nak tahu lebih lanjut boleh klik kat link di sebelah tu k. http://www.whiteymommy.com/2012/05/tips-murah-rezeki-dan-hidup-diberkati.html

1. Pastikan anda solat 5 waktu

2. Amalkan solat dhuha

Panduan:


  • Setiap kali sujud pada  rokaat yg akhir (sebelum duduk di tahiyat akhir) baca Ya Wahhab 41 x agar dirahmati dengan harta yg banyak dan peluang akan datang dengan mudah.
  • selepas selesai solat dhuha angkat tangan dan berdoa dengan membaca Ya Basith (pelapang hidup)10 x dan sapu tangan ke muka. Insyaallah dicukupi segala keperluan.
  • Membaca doa solat dhuha.

3. Amalkan membaca surah Al-Waqiah setiap mlm.

4. Sentiasa beristighfar,berzikir dan berselawat.
Bacalah Ya Hayyu Ya Qayyum (maksud: yang menghidupkan, hidupkanlah hatiku, rezekiku, agamaku dan duniaku)1000 x selepas solat isyak (ia akan membantu dlm setiap sudut).

5. Kasihani dan hormati orang tua.

6. Tidak memutuskan silaturrahim
Ni yang saya dapat dari bacaan dlm buku mudahnya menjemput rezeki hasil tulisan Fathuri Salehuddin. didalamnya terdapat juga tips2 yang berguna. Untuk mengetahui lebih lanjut kenala beli buku ni yea.

Bahagian 1 : Apa itu rezeki?
Bab 1 - Rezeki Bukan Sekadar Nampak Di mata
Bab 2 - Udara, Air dan Gunung Adalah Rezeki
Bab3 - Ilmu Adalah Rezeki
Bab 4 - Kaitan Antara Usaha dan Rezeki
Bab 5 - Harta & Rezeki
Bab 6 - Allah Sentiasa Membantu
Bab7 - Hubungan rezeki dan Ilmu
Bab 8 - Rezeki Apakah Bertambah atau Tidak..?
Bab 9 - Tangkal,Kayu dan Batu Azimat Menambah Rezeki?
Bab 10 - Kunci Rezeki

Bahagian 2 : Menjemput Rezeki
Bab 11 - Menjemput VS Mencari
Bab 12 - Menjemput Rezeki Dengan Mengutamakan Solat
Bab 13-Menjemput Rezeki Dengan Solat Tahajud
Bab 14 - Menjemput Rezeki Dengan Solat Dhuha
Bab 15 - Menjemput Rezeki dengan Zikir
Bab 16 - Menjemput Rezeki Dengan Doa
Bab 17 - Menjemput Rezeki Dengan Mendoakan Orang Lain
Bab 18 - Menjemput Rezeki Dengan Sedekah
Bab 19 - Menjemput Rezeki Dengan Membaca Al-Quran
Bab 20 - Menjemput Rezeki Dengan Asma'ul-Husna
Bab 21 - Menjemput Rezeki Dengan Bersyukur
Bab 22 - Menjemput Rezeki Dengan Tekun Berusaha

Bahagian 3 : Cerita Menjemput rezeki
Bab 23 - Dibalas dalam 24 jam !!
Bab 24 - Ikhlas RM50 dibalas RM10,000
Bab 25 -"Tolong Anak Saya, Ustaz"
Bab 26 - Memberi Tanpa Syarat
Bab 27 - Binatang Tidak Mampu Membalasnya
Bab 28 - Daripada Hina Jadi Mulia
Bab 29 - Berkat Belajar Al-Quran
Bab 30 - Bos Hanyalah Posmen
Bab 31 - Ikhtiar rohani dengan surah Yassin
Bab 32 - Sebuah Keajaiban
Bab 33 - Sedekah Si Penarik Beca
Bab 34 - Sedekah sebagai Ubat

Bahagian 4 : Apa Perlu Saya Buat Sekarang?
Bab 35 - Ciptalah Impian Hari Ini
Bab 36 - Bagaimana Membina Impian Yang Seimbang
Bab 37 - Ibu,Ibu Apa Khabar..?
Bab 38 - Inilah Impian Kita
Bab 39 - Strategi Ghaib
Bab 40 - Bertaubatlah !!!





Wednesday, 11 December 2013

Minda Islami: RASA GELISAH? INI UBATNYA...

Minda Islami: RASA GELISAH? INI UBATNYA...: Muhasabah diri dan renungi kisah ini... Pada suatu hari telah datang seorang lelaki (tidak disebutkan namanya) kepada sahabat baginda Ra...

Minda Islami: Anak Menantu dan Mertua

Minda Islami: Anak Menantu dan Mertua: Prinsip Islam Terhadap Perkahwinan Lelaki bertangungjawab sepenuhnya terhadap isteri yang dikahwininya. Ini kerana lelaki tersebut telah ‘m...

Sebagai ganti kepada perkara yang dinazarkan

Cuba tanya diri anda adakah anda pernah bernazar tapi anda telah lupa atau tidak melakukan nazar anda. Saya pun antara orang yg pernah bernazar dan ingat2 balik ada juga nazar yg saya dah x mampu nak buat. Susah hati juga sebab macam berhutang dengan Allah S.W.T....alhamdulillah Islam adalah agama yang memudahkan. sekiranya kita x mampu nak melakukan nazar tersebut ada kaedahnya yg tidak membebankan kita. Dulu bernazar mcm nak buat je alih2 lupa dan kalau nak tunaikan nazar tu susah juga tu.(pernah bernazar masa UiTM dulu).

Sekiranya kita xmampu untuk tunaikan nazar ada 3 cara nak langsaikan hutang kita. antaranya ialah:

1) Memberi makan sepuluh orang miskin; atau

2) Memberi pakaian kepada mereka; atau

3) Memerdekakan seorang hamba

tapi kalau x boleh buat juga kita dibolehkan berpuasa tiga hari sebagai ganti nazar kita, yang ni macam senang sikit kan.

Ini berdasarkan firman Allah s.w.t, bermaksud:

 "Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan, akan tetapi kamu dikira salah oleh-Nya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat.

"Maka dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba.

"Kemudian sesiapa yang tidak dapat, maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda sumpahmu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu bersyukur." (al-Quran, al-Ma'idah (5): 89).

akhirnya dapat juga laksanakan janji kpd Allah S.W.T. yeay :> mood happy

Apa hukum nazar

JAWAPAN: Nazar ialah janji manusia kepada Allah kerana menghargai nikmat yang diterima atau mendapat hajat yang dicita. Janji tersebut wajib ditunaikan.


Tuesday, 3 December 2013

Kisah menarik tentang gadis Kristian di Malaysia yg memeluk agama islam

Betapa hebatnya kekuasaan Allah S.W.T, "kun fa ya kun" bila Allah kehendakkan sesuatu maka jadilah ia. Saja nak kongsikan kisah yg hebat ini utk anda. Ni pun saya dapat dari blog http://suaraislamik.blogspot.com. Ingatan utk anda semua serta juga utk diri saya sendiri.....




Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.

Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan. Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.

Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.

Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.

Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.

Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.

Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.

Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.

Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak ‘encourage’ beliau untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.

Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!

Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.

Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.

Sila tonton Kisah Loo Jo Yee dlm link dibawah; sebagai pedoman kita semua.....kisah berdurasi 24:52 minit utk tontonan kita semua.

http://www.youtube.com/watch?v=foRDevfb-8w

Setelah 7 Tahun menanti akhirnya disahkan hamil.

 Saya berkahwin hampir 7 Tahun, tapi baru kini disahkan hamil anak sulong. Alhamdulillah, mybe asbab berdoa dgn amalan doa yang diberi oleh ...