Cuba tanya diri anda adakah anda pernah bernazar tapi anda telah lupa atau tidak melakukan nazar anda. Saya pun antara orang yg pernah bernazar dan ingat2 balik ada juga nazar yg saya dah x mampu nak buat. Susah hati juga sebab macam berhutang dengan Allah S.W.T....alhamdulillah Islam adalah agama yang memudahkan. sekiranya kita x mampu nak melakukan nazar tersebut ada kaedahnya yg tidak membebankan kita. Dulu bernazar mcm nak buat je alih2 lupa dan kalau nak tunaikan nazar tu susah juga tu.(pernah bernazar masa UiTM dulu).
Sekiranya kita xmampu untuk tunaikan nazar ada 3 cara nak langsaikan hutang kita. antaranya ialah:
1) Memberi makan sepuluh orang miskin; atau
2) Memberi pakaian kepada mereka; atau
3) Memerdekakan seorang hamba
tapi kalau x boleh buat juga kita dibolehkan berpuasa tiga hari sebagai ganti nazar kita, yang ni macam senang sikit kan.
Ini berdasarkan firman Allah s.w.t, bermaksud:
"Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan, akan tetapi kamu dikira salah oleh-Nya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat.
"Maka dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba.
"Kemudian sesiapa yang tidak dapat, maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda sumpahmu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu bersyukur." (al-Quran, al-Ma'idah (5): 89).

akhirnya dapat juga laksanakan janji kpd Allah S.W.T. yeay :> mood happy
Apa hukum nazar:
JAWAPAN: Nazar ialah janji manusia kepada Allah kerana menghargai nikmat yang diterima atau mendapat hajat yang dicita. Janji tersebut wajib ditunaikan.
No comments:
Post a Comment